• Duit Royalti Hilang 3 billion: Mampat buat Laporan Polis

    Duit Royalti Hilang 3 billion: Mampat buat Laporan Polis

    Kuala Terengganu 22 Mei - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), hari ini membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu berikutan kehilangan Wang Royalti Terengganu sebanyak RM 3 billion. Laporan tersebut dibuat sekitar jam 11 pagi tadi.

    Sementara itu, dalam sidang media selepas laporan dibuat, Mohd Fauzi juga mengatakan Mampat akan membawa kes ini kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam masa terdekat.

    Sabtu ini (24 Mei), Mampat akan melancarkan "Kempen Selamatkan Royalti Terengganu, Kembalikan Hak & Maruah" di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Kempen itu bermula jam 10.00 pagi. Riben Hitam Putih dan Sticker percuma akan diedarkan di samping mengambil tandatangan sokongan dari rakyat Terengganu.

    Mampat juga bercadang mengembangkan kempen ini ke seluruh negara khususnya kepada anak Terengganu di Lembah Klang. Mampat mengalu-alukan keterlibatan NGO atau individu yang sedia bekerjasama bagi menjayakan kempen ini.

    Untuk sebarang urusan, Mampat boleh dihubungi melalui talian berikut:
    Mohd Fauzi Abu Samah (0139238685) - Pengerusi, Zaidan (0139797025) - Setiausaha, Wan Azmi (0139328685)- Urusetia Mampat.

    Berikut adalah laporan yang telah dibuat;

    Pada 15/05/2008, saya telah terbaca berita mengenai kehilangan sejumlah wang yang dikatakan Royalti Petroleum Terengganu dari beberapa akhbar utama tempatan seperti Sinar Harian dan Berita Harian.

    Akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan beliau tidak tahu mengenai jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri ketika itu sehinggalah Senator Datuk Amirsham Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendedahkannya pada Persidangan Dewan Rakyat yang lalu iaitu sebanyak RM 7.3 billion.Datuk Seri Idris Jusoh juga mengatakan, wang yang diterima Terengganu ketika itu hanyalah berjumlah RM 1.3 billion sahaja setahun.

    Sementara itu, Berita Harian pula melaporkan Datuk Ahmad Said mengatakan Terengganu hanya menerima RM 4.3 billion sahaja dari jumlah RM 7.3 billion yang disebutkan menteri terbabit. Datuk Ahmad juga jelas mengatakan tidak tahu ke mana RM 3 billion baki tersebut dibelanjakan.

    Melihat kepada dua laporan akhbar terbabit yang mempersoalkan ke mana perginya baki wang Royalti tersebut, saya percaya telah berlaku suatu penyelewengan dalam pengurusannya dan ianya mempunyai unsur-unsur jenayah yang perlu disiasat.

    Sebagai rakyat Terengganu, saya mempunyai hak dan tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis tentang kehilangan RM 3 billion tersebut yang merupakan kehilangan wang secara misteri yang tidak sepatutnya berlaku di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan yang amanah.

    Sekira perkara di atas tidak disiasat dan diambil tindakan, saya bimbang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan akan berterusan berlaku dan ini akan mengakibatkan negara akan terus kerugian dan tidak dipercayai oleh para pelabur dalam menguruskan kewangan. Ini kerana pengurusan kewangan seharusnya diaudit dan dilaporkan bagi memperlihat ketelusan dalam menguruskannya.

    Saya berharap pihak Polis dapat menyiasat perkara tersebut dengan teliti dan segera supaya dalang yang menyelewengkan wang rakyat negeri Terengganu ini dapat dikenalpasti dan dibawa kemuka pengadilan.

    Sekian sahaja report saya.

    Mohd Fauzi Abu Samah

2 comments:

  1. komando_trg says:

    dataran mana??? ada apa kat sana??
    oloh..explain lah terang-terang..

  1. MAMPAT says:

    Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
    Program bermula jam 10 pagi.

    Perlancaran stiker & riben akan dilaksanakan

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT