• KENYATAAN AKHBAR MAMPAT BERKAITAN ISU FILEM FITNA

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)

    Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

    MAMPAT amat berdukacita dan kesal di atas tindakan penyiaran Filem Fitna menerusi laman Liveleak yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders pada 27 Mac 2008.

    Bagi MAMPAT, filem tersebut secara jelas dan terang telah cuba mengaitkan Islam dengan keganasan. Ini merupakan suatu fitnah terhadap Agama Islam bilamana ayat-ayat dari Al-Quran yang digunakan sebagai rujukan dalam filem tersebut tidak digunakan secara tepat. Ini kerana ayat Al-Quran yang digunakan hanya separuh dan itu menyebabkan maksud asal ayat berkenaan tidak dapat dicapai.

    MAMPAT melihat perbuatan ini disengajakan bagi mengelirukan mereka yang tidak mengenali Islam. Kekeliruan yang ditimbulkan itu bagi menakut-nakutkan golongan bukan Islam mendekati Islam. MAMPAT juga khuatir sekiranya berlaku sebarang keganasan di atas penyiaran filem tersebut.

    Justeru itu, MAMPAT menyokong penuh tindakan dan saranan untuk BOIKOT terhadap semua barangan Belanda bagi memberi tekanan seterusnya menyedarkan mereka bahawa kita, khususnya Umat Islam tidak bertolak ansur dengan perbuatan mereka yang melampau itu. Untuk itu, MAMPAT berharap rakyat akan menggunakan slogan ”KATAKAN TIDAK KEPADA BELANDA ” atau ” Say No to Holland”

    wassalam
     
     
     
    Mohamad Fauzi Abu Samah
     
    Pengerusi
    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
    MAMPAT
     
    http://mampat.blogspot.com
    mamp4t@gmail.com

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT