• Jamuan Kesyukuran: Tengku Seri Paduka Raja Penaung kepada MAMPAT

    The image “http://buletinonline.net/images/berita/majlismampat1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ismail (Ku Duka) dengan rasminya akan menjadi Penaung kepada Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas

    Demikian dinyatakan oleh Pngerusi MAMPAT, Encik Muhamad Fauzi Abu Samah dalam ucapannya di Majlis Kesyukuran MAMPAT yang diadakan di perkarangan rumah Tengku Seri Paduka Raja semalam.

    yang menyumbangkan bakti dan khidmat dalam Kempen Menyokong dan Mempertahankan Kedaulatan Tuanku Sultan Terengganu yang diadakan baru-baru ini

    Beliau sangat berbesar hati dengan komitmen semua NGO terutamanya Alumni Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan sokongan yang diberikan oleh Tengku Seri Paduka Raja.

    Beliau berkata dari maklumat yang diperolehi lebih 50,000 orang hadir semasa himpunan sambutan besar-besaran sempena keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 29 Mac lalu.The image “http://buletinonline.net/images/berita/majlismampat.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

    Turut berucap pada Majlis Kesyukuran tersebut adalah Penaung MAMPAT Tengku Seri Paduka Raja.

    Tegku Seri Paduka Raja merasa bangga dan bersyukur kepada Allah kerana begitu ramai hadir menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan.

    ”Saya begitu bangga dan bersyukur kepada Allah, kerana pada Keberangkatan Pulang Tuanku Sultan Mizan begitu ramai rakyat yang turun,

    “walaupun cuaca panas semangat memberi sokongan begitu padu kepada kebawh duli,” kata beliau

    Beliau turut menasihatkan supaya MAMPAT tidak hanya memberikan perhatian kepada isu-isu di negeri Terengganu, malah memberi pandangan kepada isu-isu nasional, supaya dihormati oleh seluruh rakyat di peringkat nasional.

    Seramai 50 orang hadir mewakili 25 NGO ke Majlis Kesyukuran dan Makan Malam tersebut.

    Sumber: Buletinonline.net

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT