• TERIMA KASIH RAKYAT TERENGGANU

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Rakyat Terengganu.....

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir pada perhimpunan menyambut ketibaan pulang Ke Bawah Duli Tuanku. Saya tidak menjangka sambutan yang sebegitu hebat berjaya di terjemahkan oleh untuk sambutan ini. MAMPAT menjangkakan dengan kekuatan yang ada pada kami, kami hanya akan berjaya mengumpulkan seramai 10 000 orang sahaja untuk menyambut Duli Tuanku. Tapi, kecintaan rakyat Terengganu kepad Tuanku mengatasi segalanya. Saya mendapat maklumat seramai lebih 30 000 orang telah hadir menyambut kepulangan Duli Tuanku tidak termasuk rakyat yang menunggu Tuanku di sepanjang jalan dari lapangan terbang ke Bidung. Mampat tidak melupakan sokongan dari gabungan-gabungan yang bersama MAMPAT dan juga NGO-NGO lain seperti Alumni SMSS, SMTB, yang memberi sokongan yang penuh bagi menjayakan sambutan ini.

    Daulat Tuanku,

    Patek-patek merafak sembah bagi pihak Rakyat..... Semoga Tuanku sejahtera hendaknya dilindungi ALLAH dan tetap menjadi sebagai seorang Raja dan Sultan yang di hormati dan disanjungi oleh Rakyat Malaysia umumnya dan Rakyat Terengganu Khasnya... Ampun Tuanku....


    Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patek harap di ampun......

    Patek berharap Tuanku tidak akan melupakan rakyat yang telah menyambut kepulangan Tuanku sebagai tanda sokongan kepada keputusan yang dibuat oleh Tuanku. Patek berharap, Tuanku sudi melapangkan masa untuk mencemar Duli berjumpa rakyat di kampung-kampung seperti mana yang dilakukan oleh Baginda Ayahanda Tuanku dulu. Rakyat sangat sayang dan sanjung apabila seorang pemimpin apatah lagi sekiranya seorang Sultan dapat turun ke kampung berjumpa dengan mereka. Apalah nilai yang boleh di bandingkan, selain dari dapat bersalam dan melihat Tuanku senyum kepada mereka.

    Senyuman Tuanku sangat berjaya mencuit hati rakyat seperti mana senyuman manis dan lambaian Tuanku semasa keberangkatan pulang Tuanku baru-baru ni. Rakyat bergembira dan berpuas hati, hingga hilang rasa penat menunggu apabila Tuanku melambai dan senyum kepada mereka....Ampun Tuanku......

    Ampun Tuanku......

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT