• PELANCARAN TANDATANGAN DAN PENGEDARAN RIBEN

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) bersama beberapa Gabungan NGO-NGO lain akan mengadakan Pelancaran mengumpulkan tandatangan rakyat prihatin yang kasih kepada Tuanku As-Sultan bersama pengedaran Riben Kuning.

    Majlis pelancaran akan diadakan di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung pada Hari Khamis bersamaan 27 Mac 2008 pada jam 5.00 petang. Riben-riben akan diberi secara percuma kepada semua yang hadir.

    Pada sebelah malamnya pula, suatu Majlis Munajat Rakyat Memohon Keberkatan dan Kedaulatan KDYMM Tuanku Al-Sultan dan Negeri Terengganu Darul Iman akan diadakan di Masjid Terapung. Majlis akan diketuai oleh Ybhg Datuk Syeikh Ismail Mohamad Al-Hafiz, Imam Masjid Negara.

    Adalah menjadi harapan MAMPAT agar semua rakyat Terengganu dapat bersama-sama dalam menyatakan sokongan ini.

    MAMPAT juga bercadang mengadakan suatu himpunan menyambut ketibaan YDP Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 29 Mac ini sekitar Jam 9 pagi. Bagaimanapun, ini bergantung kepada perbincangan dengan pihak keselamatan.

    26 Mac 2008
    Kuala Terengganu

    Nota: MAMPAT sedang mengemaskini blog MAMPAT di http://mampat.blogspot.com

2 comments:

  1. bohoxJadikan MAMPAT suatu aspirasi rakyat bukan suatu aspirasi mereka yang gagal menjadi wakil rakyat. Front ini perlu bebas dari nilaian menanguk di air yang keruh.

  1. teruskan usaha mampat ni. tak ramai yg berani tampil kedepan macam mampat ni. kebenaran mesti ditegakkan.

    dikesempatan ni saya mohon supaya dapat sebarkan blog yg baru saya buat pasal wpi supaya dapat menyedarkan org ramai tentang ancaman wpi.

    http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/

    terima kasih

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT