• Munajat Perdana


    Imam besar Masjid Negara, Datuk Sheikh Ismail Mohammad mengetuai Munajat Perdana tersebut untuk memohon perlindungan, keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah ke atas baginda, Pemangku Raja dan seluruh rakyat jelata.

    Dibawah diperturunkan antara maksud doa yang dibacakan oleh Sheikh Ismail pada majlis diatas:

    Allahumma, ya Allah, Engkau amat mengetahui hati-hati kami betapa kasih kami kepada raja kami. Tuanku sangat dikasihi rakyat di luar negeri kami, Tuanku berjiwa rakyat, Tuanku di antara hamba-hamba-Mu yang taat.

    Semua rakyat yang beriman kasih dengan penuh hormat yang kafir pula menjunjung Tuanku secara beradab.

    Inilah dasar kasih kami ya Allah yang menjadikan kami kasih dan taat tanpa berbelah bahagi, jauh sekali menderhaka bagaikan syaitan yang dilaknat.

    Kami bertadharruk, menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami di atas kurniaan raja yang berdaulat dan taat.

    Sukar di zaman ini menaung di bawah payung yang beriman, suka beribadat, sejuk mata memandang semasa Tuanku bersama rakyat, yang tua dan muda dihormat, seakan tiada perbezaan di antara raja dan rakyat.

    Inilah kurniaan Allah kepada baginda Tuanku.

    Di dalam kitab-Mu al-Quran (bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di kalangan kamu).

    Selamatkanlah ya Allah, Raja kami dan Permaisuri dan kerabat-kerabat Tuanku dari mala petaka, kurniakanlah sihat afiat sepanjang masa, taat dikasihi rakyat di mana jua berada, barang dijauh daripada hasad dengki, makhluk ghaib yang dipuja.

    Jika ada makhluk yang cuba mengganggu-gugat institusi beraja ini, hancurkanlah mereka, usaha mereka jadikanlah sia-sia, apa yang dirancang menjadi pincang, yang diatur menjadi tabur, mudah-mudahan negeri menjadi aman, rakyat selamat berpanjangan, sementara raja pula bersemayam di atas takhta penuh kedaulatan.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT