• Memorandum MAMPAT

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
    (MAMPAT)

    Menyedari bahawa Institusi Kesultanan adalah benteng terakhir Umat Melayu Islam di bumi Malaysia, khususnya di Negeri Terengganu Darul Iman, MAMPAT bertegas bahawa:

    i) Keputusan pemilihan Menteri Besar Terengganu oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) hendaklah dihormati oleh segenap lapisan rakyat Terengganu Darul Iman.

    ii) Menyelar sekeras-kerasnya sikap segelintir golongan yang membantah dan mengecam perlantikan yang dibuat oleh MPPR dan dianggap sebagai penderhaka kepada Sistem Raja Berpelembagaan

    iii) Menggesa pihak Polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kain rentang berunsur menghina kedaulatan Sistem Kesultanan dan menjejaskan kehormatan Institusi Beraja yang didokong oleh Demokrasi di Malaysia.

    iv) Menggesa semua pihak sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memanjatkan pertolongan bagi memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negeri Terengganu Darul Iman.

    v) Menyarankan semua lapisan rakyat bersama-sama berdiri teguh di belakang DYMM Tuanku dan MPPR agar tidak diganggu-gugat oleh anasir luar yang berkepentingan menguasai kepentingan rakyat Terengganu Darul Iman.


    Mohamad Fauzi Abu Samah
    Pengerusi

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT