• Gambar-gambar Himpunan Rakyat

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Berikut adalah gambar-gambar yang diambil dari amdang81.blogspot.com. Bagaimanapun penerangan gambar sudah diolah mengikut kesesuaian blog ini.

    Cuaca mendung. Orang ramai dari pagi sudah mula datang. Cuaca ini juga membuatkan hadirin yang hadir tidak terasa terlalu penat dan mudah mengalah.

    8.43 pagi. Orang sudah mula ramai walaupun jadual Tuanku dijangka tiba pukul 10
    pagi.

    Tandatangan sokongan rakyat pada kain putih dibuka untuk disembahkan kepada Tuanku.

    Kereta yang akan dinaiki Tuanku Mizan tiba. Kereta ini tiba sekitar jam 8 lebih lagi.

    Rakyat tidak putus-putus hadir. Suasana tenang dan terkawal.

    Makcik-makcik ini cukup semangat hadir.

    Kerjasama yang cukup baik dan sporting dari pihak polis.

    Pengerusi Mampat, En Fauzi Abu Samah sibuk melayan 2 kanak-kanak yang tidak cukup stiker untuk ditampal pada baju mereka.

    Alumni Sek Men SS dan Sek Men Tengku Bariah yang turut sama memberi sokongan. Dua alumni ini antara penyokong kuat yang menggerakkan rakyat selain Mampat.

    Sabar menanti

    Penyokong Mampat.

    Himpunan rakyat Terengganu. Jarang-jarang suasana sebegini dapat dilihat dan dirasai.

    Antara banner yang dipamerkan. Rukun Negara: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

    Semua bersatu hati tanpa sempadan politik

    Lambat lagi ke kena tunggu ni?

    Care Circle Services (CCS) turut sama menyokong Tuanku.

    Tandatangan sokongan dipamerkan.

    Lagi tandatangan sokongan dipamerkan.

    Doa Selamat dibacakan setibanya Tuanku dan sebelum berangkat pergi.

    Lambaian terima kasih.

    Kereta Tuanku mula bergerak dengan perlahan

    Lambaian Terima Kasih.

    Perjalanan pulang para rakyat. Walaupun seketika menatap wajah Tuanku, namun masing-masing pulang dengan puas hati kerana dapat memberi sokongan kepada Tuanku Sultan yang dikasihi.

    Pengerusi Mampat membawa Memorandum Rakyat bagi diserahkan kepada Tuanku. Mengikut perkiraan awal, Tuanku memang bersedia menerima mengadap, namun sedikit salah faham, majlis itu terpaksa dipindah tempat.

    Pengawal Tuanku memberi penjelasan kenapa Memorandum Rakyat tidak dapat diserahkan di situ. Namun, Tuanku tetap meminta wakil Mampat itu ke Lembah Bidong bagi penyerahan memorandum tersebut.

    Walaupun terpaksa ke Lembah Bidong, Setiu, namun Cikgu Fauzi tetap sabar menanti sehingga memo tersebut dapat diserahkan.

    Cikgu Fauzi bersalaman selepas dengan Setiausaha Peribadi Tuanku, Mohd Zuki selepas Memorandum Rakyat dapat diserahkan.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT