• Pelancaran MAMPAT

    Harga Barang Naik - MAMPAT akan membantu rakyat PDF Cetak E-mail
    Ditulis oleh WartawanBuletinOnline
    Sunday, 10 February 2008
    Kuala Terengganu, 9 Feb – Pergerakan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu(MAMPAT) yang menjadi ‘platform’ baru kepenggunaan Trengganu telah dilancarkankan pada hari ini di hadapan Pasaraya Besar(Hypermarket) Sabasun, disini hari ini.

    Penubuhan MAMPAT yang bertujuan untuk menjaga dan membela hak serta mengembalikan maruah para pengguna di negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya. akan digerakkan melalui aktiviti-aktiviti yang pro-aktif dan berstrategi.

    Pergerakan MAMPAT adalah berlandaskan misi penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang. Justeru itu, adalah diharapkan para pengguna akan benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan hak dan peranan pengguna, yang kian tercemar dan terabai, sejak sekian lama

    The image “http://buletinonline.net/images/berita3/mampat1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Demikian kenyataan Presiden MAMPAT, Tuan Haji Hussin Ismail didalam satu majlis sidang media yang diadakan sempena pelancaran MAMPAT.

    “ MAMPAT juga akan menjalankan usaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam dan ekonomi Malaysia sebagai usaha untuk menajana perubahan positif didalam kehidupan” tambah Hj Hussin lagi

    ”Selain itu, MAMPAT akan mendidik para penggunan dan memperkasakan pengguna supaya mereka menyedari dan memahami bahawa pengguna adalah kuasa yang boleh menentukan kedudukan harga barang”,

    “Sehingga kini harga barang terus naik, pengguna dalam keadaan tanpa terurus, dengan itu ia tidak banyak memberi impak yang mampu membantu menurunkan harga barangan, walhal kenaikkan harga barang telah menjadi permasalahan ramai” tegas Hj Hussin ismail.The image “http://buletinonline.net/images/berita3/mampat2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

    Turut hadir disidang media tersebut adalah Timbalan Presiden MAMPAT, Encik Fauzi Abu dan Ketua Operasi MAMPAT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

    Timbalan Presiden MAMPAT menyatakan, MAMPAT yang berakar umbi dari gelombang rakyat akan digerakkan keseluruh daerah di negeri Terengganu dan Malaysia, bagi memberi awasan dan kesedaran kepada seluruh rakyat.

    Manakala Ketua Operasi, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata MAMPAT akan bergerak ke enam buah lokasi di Kuala Terengganu sebelum bergerak ke daerah-daerah lain.

    “Lokasi tersebut adalah Pasar Besar Sabasun, Mydin, Giant, Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga dan Hentian BAS Kuala Terengganu” jelas Wan Sukairi.

    Menjawab pertanyaan media, Ustaz Wan Sukairi menyatakan MAMPAT akan menumpukan aktiviti penyebaran risalah dan mendapatkan maklumbalas dengan mengedarkan borang kajiselidik ditempat tumpuan orang ramai. Beliau mengatakan bahawa MAMPAT juga akan berkunjung ke ‘Perkampungan Hadhari’ yang sedang berlangsung di Pulau Wan Man. The image “http://buletinonline.net/images/berita3/mampat4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

    (Foto: seorang pengunjung Pasaraya memasukkan borang kajiselidik kedalam peti maklumbalas)
    Justeru itu, Presiden MAMPAT yakin, melalui dwi strategi iaitu mendidik masyarakat dan memperkasakan pengguna akan dapat membantu menurunkan harga barang dipasaran sekaligus membantu rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik dengan menikmati harga barang layak mampu.

    MAMPAT boleh dihubungi melalui talian 09-631 2908 atau menghantar e-mail kepada mamp4t@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya . Para pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang MAMPAT boleh melayari laman MAMPAT melalui internet.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT