• Pengenalan MAMPAT

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merupakan sebuah gabungan permuafakatan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), persatuan dan individu-individu yang diwujudkan atas kesedaran untuk menangani permasalahan rakyat terutamanya di negeri Terengganu Darul Iman.

    MAMPAT lahir dari satu Deklarasi Sidang Rakyat yang telah diadakan di Masjid Jamek Kg. Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada 24 November 2007. Sidang Rakyat yang bertema "Menangani Musibah Kenaikan Harga Barang" itu telah berjaya menghimpunkan beberapa pertubuhan dan persatuan bagi memahami dan menjiwai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.

    Menyedari bahawa tiada badan khusus yang membantu dan membawa suara rakyat, maka MAMPAT ditubuhkan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi bersama rakyat dalam isu kepenggunaan dan kemasyarakatan. Semoga kelahiran MAMPAT ini bakal membawa suatu anjakan ke dalam masyarakat khususnya masyarakat bawahan yang senantiasa ditindas dan teraniaya.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT