Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......
Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat........
Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Thursday, October 22, 2009
Minuman Pun Haram... Mana JAKIM....
Posted by MAMPAT at Thursday, October 22, 2009 0 comments
Monday, October 5, 2009
Batalkan Pendaftaran SIS, JAG dan WAO... BETUL ke ???
Batal pendaftaran SIS, JAG, WAO
Oleh SAHBULAH DARWI
pengarang@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 4 Okt. - Kerajaan disaran membatalkan pendaftaran Sisters In Islam (SIS), Kumpulan Tindakan Bersama Jantina (JAG) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) jika mereka terus mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut (gambar) berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan pelbagai implikasi negatif kepada rakyat dan negara jika NGO terbabit masih berdegil.
"Jika mereka meneruskan agenda untuk memansuhkan Undang-Undang Jenayah Syariah maka tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan untuk selesaikan masalah ini, salah satu caranya ialah membatalkan pendaftaran NGO terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nooh yang juga bekas Mufti Johor berkata demikian bagi mengulas tindakan SIS, JAG dan WAO yang menuntut kerajaan agar memansuhkan Undang-Undang Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri.
Tuntutan berkenaan melalui memorandum mereka yang bertajuk Justice For Kartika (Keadilan Untuk Kartika) diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Ogos lalu.
Ekoran itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Baharom memberi amaran pihak berkaitan agar berhenti mengeluarkan kenyataan sesuka hati mempertikaikan keputusan mahkamah di negara ini.
Selain itu, pelbagai NGO berorientasikan Islam turut mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap SIS, JAG dan WAO.
Nooh berkata, tindakan tiga NGO itu jika diteruskan akan menggugat keharmonian kaum, perpaduan rakyat, persaudaraan Islam dan mengguris perasaan, menimbulkan kekeliruan, menjejaskan ketenteraman serta keselamatan awam.
"Mereka jangan sekali-kali mempertikaikan undang-undang syariah, jangan bercakap lagi soal ini dan jangan campur tangan urusan mahkamah dan kerajaan negeri-negeri.
"Tuntutan mereka juga mencabar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan Raja atau Sultan selaku ketua agama bagi negeri-negeri," jelasnya.
Beliau berkata, ahli-ahli SIS dan mereka yang beragama Islam perlu bertaubat kerana membuat tuntutan berkenaan yang mencabul dan menolak hukum Allah SWT dan tidak percaya kepada al-Quran serta hadis Nabi Muhammad SAW.
"Ini perbuatan derhaka, tidak taat, tidak patuh kepada hukum Allah, hukum Rasul-Nya dan pemerintah ulul-amri," katanya sambil membacakan maksud ayat surah an-Nisa: 59 iaitu: 'Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ulul-amri (orang-orang yang berkuasa) di kalangan kamu...'
Nooh berkata, tuntutan tersebut jelas menunjukkan NGO terbabit tidak memahami matlamat, sejarah dan falsafah undang-undang jenayah syariah yang bertujuan antaranya untuk memelihara kepentingan semua pihak dan bukan sekelompok individu.
"Tambahan pula, si empunya badan telah mengakui hukuman itu menginsafkannya dan reda untuk diambil tindakan sepatutnya jadi kenapa tiga NGO pula hendak pertikai," soalnya.
Justeru beliau berkata, cara kedua ialah semua NGO berorientasikan Islam perlu bangkit menentang tuntutan melampau tersebut mengikut saluran undang-undang negara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Posted by MAMPAT at Monday, October 05, 2009 0 comments
Runtuh Pulak.... Apa lagi yang BELUM runtuh...???

Runtuh...runtuh...runtuh.....
Terengganu sangat popular dengan kejadian banggunan runtuh daripada tempat beriadah, menara hinggalah Masjid sebagai tempat beriadah.......
Apa sebenarnya yang telah berlaku ??? Kenapa ianya berlaku ? Kalaulah kejadian runtuh ini berlaku bersekali dengan kejadian Gempa bumi...mungkin ramai yang boleh menerimanya..... Tapi keruntuhan ini berlaku tanpa sebab...... Itulah yang menjadi persoalannya ?
Baru2 ni, skuad MAMPAT berkesempatan menemuramah keluarga anggota PGA di Gong Badak bertanyakan mengenai Penginapan baru mereka yang dah hampir siap. Terkejutnya jawapann yang diterima kami.... mereka menanyakan kami kembali dengan soalan " Selamat ke " .
Entahlah.... berdoalah semoga semuanya selamat.... JUangan pula akan ada yang menjadi mangsa....
Posted by MAMPAT at Monday, October 05, 2009 0 comments
Apa Cerita Kes Ramzi Dan Ugutan Bunuh ???
Kes ‘sms ugut bunuh’ cuba digelapkan?
Oleh Pok Teh Bakap
Hairan bagaimana kes berprofil tinggi di Terengganu – kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang disebutkan di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu boleh terlepas daripada liputan media.
Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.
Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad lalu.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan pada Ahad lalu (27 September) perbicaraan kes ‘sms ugut bunuh’ ini pada akhir bulan Oktober dan awal November 2009 depan selama enam hari.
Mengikut satu sms yang diterima – perbicaraan ditetapkan pada 19,20 dan 21 Januari 2010 dan 9,10,11 Februari 2010.
Juga menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.
Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.
Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan masalah yang melanda UMNO Terengganu sudah selesai.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.
Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".
SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.
Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.
Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.
Saya pun hairan bagaimana kes yang dianggap menarik dan berprofil tinggi boleh terlepas dengar dan pandangan. Ini kerana Dr Ramzi sebelum itu enggan menyerah diri kepada polis tetapi akhirnya muncul di IPK Kuala Terengganu. Ada pendapat mengatakan beliau ditahan di salah sebuah hotel apartmen berhampiran Hotel Primula dan ada yang kata beliau sukarela datang ke balai polis.
Apapun, apakah pada Januari dan Februari nanti, perbicaraannya juga dianggap tidak penting dan kalaupun akhbar dan media elektronik membuat liputan, ia akan dianggap sebagai kes kecil atau terpencil sahaja?
Posted by MAMPAT at Monday, October 05, 2009 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
GILA - Bandingkan Harga Kereta di Malaysia & USA
Salam..... di sini kami nyatakan perbandingan harga kereta di Malaysia & USA.... Kenapa agaknya ianya terjadi... Yang pastinya adalah kerana CUKAI yang MELAMPAU yang dikenakan oleh Kerajaan..... Maknanya.... Kerajaan BEBAN kan kita, rakyat dan sebagai pengguna untuk menampung mereka..... Hebat Kerajaan Malaysia.... 52 tahun Rakyat diTINDAS.....
CAR BM535 BM328I AUDI A4 VW GTI 2.0
USA 178,000 155,369 142,357 80,000
MALAYSIA 450,000 460,000 265,000 200,000
DIFF 272,000 304,631 122,643 120,000
% 152.8089888 196.0693575 86.15171716 150
Posted by MAMPAT at Wednesday, September 16, 2009 0 comments
Monday, September 7, 2009
Pelajar Sekolah Rendah Positif DADAH - Apa Nak Jadi Dengan Malaysia ni.... Selamatkan ANak2 kita....???
306 murid sekolah rendah positif dadah
Sep 7, 09 1:17pm
Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.
Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.
"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.
"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.
Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.
"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini. BERNAMA
Posted by MAMPAT at Monday, September 07, 2009 1 comments
Saturday, September 5, 2009
TAHNIAH !!! Jawatankuasa Baru MAMPAT 2009-2011
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Pertama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah selamat dijalankan di Kuala Ibai Golf Resort.
Dalam pemilihan yang telah diadakan, semua jawatankuasa lama telah dipilih semula dan dikekal, manakala 13 orang AJK telah dilantik. Perlantikan boleh dikatakan telah merangkumi keseluruhan Gabungan 10 ahli yang ada.
Berikut adalah senarai AJK MAMPAT 2009-2011;
Pengerusi : Cikgu Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah
T. Pengerusi : YM Tg Ahmad Bin Tg Hussin
Setiausaha : Zaidan Bin Abdullah
P. Setiausaha : Wan Azmi Bin Wan Ismail
Bendahari : Mohd Aswadi Bin Mohd
Pengerusi MAMPAT, Cikgu Fauzi sedang menyampaikan Ucapan Alu-aluan...
Penaung MAMPAT, YAM Tengku Seri Paduka Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah sedang memberikan ucapan Perasmian....
13 AJK :
1. Che Salmi bin Che Ibrahim
2. Sazali bin Ismail @ Taha
3. Ust. Awang bin Embong
4. Kamaruddin bin Ismail
5. Abd Ghani bin Muda
6. Luqman Hakim bin M Salleh
7. Mustafa bin Ismail
8. Ust Wan Faizul bin Wan Abbas
9. Faris Irwan bin Mustafa
10. Wan Zulaidi bin Wan Abd Fatah
11. Zulhilmi Bin Abd Rahman
12. Wan Mohd Ikhwan bin Wan Ariff
13. Dr. Suhazeli bin Abdullah
Gambar Kenang-kenangan Anggota MAMPAT...
Posted by MAMPAT at Saturday, September 05, 2009 2 comments
Thursday, September 3, 2009
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA
Posted by MAMPAT at Thursday, September 03, 2009 0 comments
Labels: PENGUMUMAN
Sunday, August 30, 2009
Mesyuarat Agung Pertama MAMPAT
Insyallah, Mesyuarat Agung Pertama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) akan di adakan seperti berikut;
Tarikh : 4 September 2009 (040909)
Hari : Jumaat
Masa : 3.00-8.00 ptg
Tempat : Green Acres Golf (Ibai Golf)
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk menyuaarat Agung ini, sila hubungi Timbalan SU, Saudara Azmi di talian 013-9328685.
Posted by MAMPAT at Sunday, August 30, 2009 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Kedai Para Peniaga Jalan Bandar & Jalan Banggol Tidak dirobohkan....
Semalam adalah tarikh akhir yang sepatutnya atas notis perpindahan yang diberikan oleh TAWNT. Alhamdulillah, nampaknya para peniaga tidak dikacau dan boleh meneruskan perniagaan seperti yang dijanjikan oleh Dato' MB.
MAMAPT ingin mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Dato' MB kerana menunaikan janji untuk mengizinkan para peniaga meneruskan perniagaan dalam bulan Puasa ni....
Tak lupa kepada Yb Wahid Endut, MP Kuala Terengganu di atas usaha beliau bertemu dan merayu kepada Dato' MB memohon perlanjutan notis perpindahan tersebut.... Terima kasih YB.....
Harapan MAMPAT kepada Dato' MB... tolonglah turun dan adakan satu majlis Dialog bersama para Peniaga di sini dan dengarlah rintihan mereka sendiri....
Posted by MAMPAT at Thursday, August 20, 2009 0 comments
Saturday, August 15, 2009
MB - Dengarlah Rintihan Mereka - Demonstrasi Peniaga Jalan Bandar & Jalan Banggol
Posted by MAMPAT at Saturday, August 15, 2009 0 comments
Friday, August 14, 2009
Demonstrasi Peniaga di Berita NTV 7
Terima kasih kepada saudara Adi kerana membantu MAMPAT sehingga ianya dapat dipaparkan di sini.... Thanks Adi....
Posted by MAMPAT at Friday, August 14, 2009 4 comments
Thursday, August 13, 2009
Rakyat Diutamakan - Perniaga MOHON Dialog....
Posted by MAMPAT at Thursday, August 13, 2009 0 comments
Kes Jalan Bandar & Banggol - MB tak Dapat Maklumat TEPAT....
MB Tidak Berapa Faham Dengan Isu Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol
Apabila membaca ulasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said berhubung notis arahan pengosongan bangunan di Jalan Bandar dan Jalan Banggol ternyata bahawa beliau tidak berapa faham dengan isu yang laporkan oleh pelbagai akhbar. Terdapat banyak perkara dari jawapan dan komen yang dibuat oleh MB tidak berdasarkan kepada fakta dan tersasar dari isu sebenar.
Mungkin juga beliau tidak diberimaklum sebelum ini dengan sebaiknya. Atau para pegawainya yang seharusnya memberi maklumat kepadanya gagal berbuat demikian dengan baik.
Di sini Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol merasakan perlu untuk jawab dan menjelas apa yang sebenarnya kami para peniaga memohon. Kami merujuk kepada petikan akhbar Utusan Malaysia (10 Ogos 2009) dan Berita Harian (12 Ogos 2009)
Utusan Malaysia - 10 Ogos 2009 - klik untuk paparan yang lebih besarUtusan Malaysia – 10 Ogos 2009 – klik untuk paparan yang lebih besar
Berita Harian 12 Ogos 2009 - klik untuk paparan lebih besarBerita Harian 12 Ogos 2009 – klik untuk paparan lebih besar
1. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata semua peniaga berkenaan sudah dibayar pampasan sejak 1990-an (Berita Harian). Inilah jelas sangat bahawa MB tidak tahu isu sebenar. Para peniaga di sini tidak pernah mendapat pampasan mereka. Mereka adalah penyewa dengan pemilik premis Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). Apa yang dimaksudkan oleh MB ialah pampasan yang dibayar kepada pemilik asal premis tersebut dalam proses “land acquisition” yang dilakukan pada pertengahan 1990an. Pampasan tidak diberikan kepada para peniaga kerana mereka mula menyewa hanya selepas LTAWNT mengambilalih pemilikan premis setelah membayar pampasan yang MB sebut itu kepada pemilik asal.
2. “Jadi tak betullah kalau mereka tak nak keluar. Mereka bukan diberi notis sehari dua… dah bertahun. Apa yang kita nak buat sekarang ialah membangunkan bandar dan membesarkan jalan (Berita Harian). Sebenarnya yang tidak betul ialah LTAWNT (Kerajaan). Ini kerana notis yang dikeluarkan kepada penyewa (peniaga) adalah bertarikh 13 Julai 2009. Notis tersebut diserahkan kepada mereka pada 19 Julai. Dan berkuatkuasa 30 hari dari tarikh notis. Notis ini adalah notis yang PERTAMA pernah dikeluarkan oleh LTAWNT. Tidak pernah ada sebarang notis sebelum ini. Kami mencabar LTAWNT untuk membuktikan notis-notis yang dikatakan pernah dikeluarkan dan diserahkan kepada penyewa (peniaga) sebelum ini.
Cikgu Fauzi sedang memberi penjelasan kepada Para Peniaga dalam sesi Dialog pada 6 Ogos 2009
3. 06082009(011)“… terdapat segelintir peniaga yang membantah tindakan tersebut (Utusan Malaysia)” Ini menunjukkan bahawa MB tidak baca surat yang dikirim dan ditandatangan oleh kesemua peniaga yang terlibat. Atau mereka yang menasihatkan MB cuba memberi gambaran yang salah. Dalam siri mesyuarat lanjutan termasuk majlis perjumpaan dengan MAMPAT pada 6 Ogos 2009, lebih 25 peniaga dan wakil mereka yang hadir. Dan dalam sesi perjumpaan seterusnya bersama peguam pada 11 Ogos, hampir 30 peniaga dan wakil mereka sepakat hadir untuk merayu agar pihak LTAWNT menangguh arahan 30 hari untuk berbincang semula suatu tempoh yang munasabah.
4. “Tidak timbul soal kerajaan tidak realistik tentang pemberitahuan notis pengosongan yang didakwa peniaga lambat diberitahu. Masa yang diberikan kepada mereka telah mencukupi (Utusan Malaysia)” Sebagai seorang ketua pentadbir negeri dan juga pernah menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan, MB sewajarnya lebih faham apa yang dia maksudkan dengan masa yang mencukupi. Tempoh 30 hari (ditolak seminggu lewat menyerah notis) adalah jauh dari mencukupi. Beliau sepatutnya arif proses-proses untuk sesiapa sahaja melakukan sebarang perpindahan, baik premis pejabat mahupun jika kita hendak berpindah rumah. Pertamanya kita perlu mencari tapak yang baru – ianya bukan boleh dicari dalam sekelip mata. Sebagai peniaga, mereka perlu mencari kawasan yang sesuai dan strategic untuk perniagaan mereka. Mana-mana urusan penyewaan tidak dibuat dengan perbualan dan persetujuan dalam masa beberapa minit. Ianya perlu pelbagai perbincangan, disusuli dengan menandatangani perjanjian, dan pengesahan dengan memetarai setem duti kerajaaan. Selepas tapak baru disewa, peniaga perlu melakukan pengubahsuaian pada premis baru mereka. Sebutharga yang sesuai perlu diperolehi. Adalah mustahil bagi pada kontraktor untuk memberi sebutharga dalam masa satu hari. Selepas kontraktor dipilih, kontraktor itu sendiri memerlukan masa yang munasabah untuk melakukan kerja-kerja ubahsuainya. Selepas siap segala pengubahsuaian tersebut, peniaga memerlukan merancangkan perpindahan mereka, membungkus, memunggah dan mengemas dan menyusun semula di tempat baru tidak boleh dilakukan seperti tukang sihir memukau penontonnya. Bagi peniaga barangan emas, mereka tidak boleh sebarangan memindah barangan berharga tanpa menyediakan dan mengawasi aspek-aspek keselamatan.
Gambaran Kedai Yang masih Gagah tetapi Ingin diruntuhkan... Kenapa ekkkk ????
Deretan Kedai uzur di Kampung Cina..
Deretan Kedai Uzur di Kampung Cina
Apakah ini yang dikatakan MB bangunan usang? Bangunan kayu beratap zinkBangunan kayu beratap zinkIanya terletak di Jalan Kg China bukan di Jalan Bandar. Apakah ini yang dikatakan MB bangunan usang? Kalau ya,ianya terletak di Jalan Kg China bukan di Jalan Bandar
5. Di dalam Utusan Kemudian beliau berkata, “langkah itu juga penting agar pemandangan bangunan usang dan uzur tidak lagi kelihatan di bandar raya Kuala Terengganu (Utusan Malaysia)”. Kenyataan seperti ini menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai fakta yang betul. Dan membuktikan beliau tidak pergi melihat sendiri apa yang dia katakan. Sebenarnya, deretan kedai Jalan Bandar adalah deretan bangunan lama yang paling terjaga dan kemas serta tegap dari mana-mana deretan bangunan lama di bandaraya Kuala Terengganu. 
Lihat gambar yang diambil oleh jurufoto Utusan ini (gambar diambil dari tingkat atas tempat letak kereta Pasar Payang). Bangunan batu yang kukuh ini adalah diselenggara dengan baik oleh para penyewa. Apakah ianya usang? Cuba bandingkan dengan deretan kedai yang akan dikekal di Jalan Kampung China ini. Mana yang sebenarnya usang?
Posted by MAMPAT at Thursday, August 13, 2009 0 comments
Kronologi Arahan Keluar Para Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol...

Kuala Terengganu - 13 Ogos 2009
Hari ini 13 Ogos 2009 adalah tarikh surat Arahan pengosongan Permis Banggunan di Jalan Bandar dan Jalan Banggol, kerana mereka di beri notis untuk mengosongkan permis pada tarikh 13 Julai 2009 walaupun sekumpulan lagi menerima surat arahan pengosongan pada 15 Julai 2009. Namun alhamdulillah, sehingga Skuad Mampat meninggalkan kawasan permis, tiada tanda-tandan tindakan perobohan akan dilakukan....
Dikesempatan ini, MAMPAT ingin melakarkan kronologi bermula daripada perjanjian awal lagi. Tak semua orang yang tahu, bahkan kami difahamkan Dato' MB Terengganu juga dilaporkan tidak diberikan taklimat yang sebenar sehinggalah mengeluarkan kenyataan akhbar yang tidak tepat.
Berikut Adalah Kronologi Kejadian
1. Dalam sekitar tahun 1994-1995, para peniaga telah ditawarkan oleh Menteri Besar pada masa itu iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad untuk Kerajaan Negeri mengambil alih ( membeli ) kawasan permis tetapi telah ditolak. Namun beberapa siri rundingan telah dibuat, melalui 2 kaedah iaitu melalui bekas YB Binjai iaitu Tn Hj Ahmad Omar (UMNO)dan YB Bandar Wong Foon Meng (MCA. Akhirnya persetujuan dibuat untuk membenarkan pengambilalihan (dijual) kepada Kerajaan negeri tetapi dengan beberapa JANJI....... antaranya ;
i. Semua peniaga tidak akan diarahkan pindah melainkan setelah
mendapat/diberikan banggunan baru yang bersesuaian.
ii. Sekiranya pembangunan dibuat, di mana banggunan baru dibina (dimaksudkan
dengan banggunan di Paya Keladi ), Para peniaga di sini akan diberikan
keutamaan untuk memilih banggunan untuk mereka.
iii. Mereka akan diberikan harga Sangat istimewa sekiranya inginmmembeli
banggunan nanti kerana semasa pengambilan, banggunan mereka tidak dinilai
dan yang dinilai hanyalah harga tanah, itu pun dibawah nilaian semasa.
iv. Sewaan yang dikenakan kepada mereka adalah murah kerana mereka sebenarnya
adalah pemilik tanah asal.
Namun.... Kerajaan Negeri TIDAK PERNAH menunaikan semua janji yang ditelah dibuat...
2. Pada 19 Julai yang lalu, mereka menerima notis arahan perpindahan, di mana mereka dikehendaki mengosongkan banggunan dalam sebulan daripada tarikh penerimaan notis.
3. Beberapa usaha telah dilakukan dan untuk merayu agar Notis tersebut diperhalusi kerana masa yang diberikan adalah terlalu singkat dan sangat menyulitkan mereka.
4. Pada 27 Julai 2009, satu perjumpaan telah diadakan dengan Setiausaha Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) iaitu En Talhah Ali bersama surat rayuan.
5. Pada 28 Julai 2009, para peniaga menerima surat balasan 'menolak' rayuan mereka. Hebat....sangat efisien... tak sampai 24 jam...
6. Pada 6 Ogos, satu Dialog telah diadakan oleh Badan Bertindak dengan MAMPAT
7. MAMPAT bersama Peguam sekali lagi telah mengadakan Dialog dengan para Peniaga dan Badan Bertindak pada 11 Ogos 2oo9 dan beberapa persetujuan telah dicapai.
Cikgu Fauzi, Pengerusi MAMPAT sedang menyampaikan " Isi Hati " para peniaga dengan penuh semangat...
8. 13 ogos 2009, satu rapat umum telah sekali lagi diadakan, kerana pada hari ini merupakan hari terakhir notis perpindahan.
Kumpulan Para Peniaga merayu kepada Dato' MB, Dengarlah rintihan mereka.....
Kepada yang berminat untuk mengikuti cerita yang lebih tepat dan jelas ... boleh layari di sini
www.alamakademik.wordpress.com/
Posted by MAMPAT at Thursday, August 13, 2009 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Monday, August 10, 2009
Mudahnya Penjualan Lambang Agama - Apa peranan Pejabat Agama ???
Berdasarkan serbuan yang dilakukan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu, kami dapati penjualan eksoseri Agama dijual secara berleluasa tanpa sebarang sekatan. Mampat juga ingin mempersoalkan peranan dan fungsi Pejabat Agama. Laporan pernah dibuat oleh ahli MAMPAT kepada pejabat Agama namun tiada tindakan yang diambil.... Apa fungsi Pejabat Agama dalam mempertahankan Syiar Islam dari diperlekehkan.....
Posted by MAMPAT at Monday, August 10, 2009 0 comments
Friday, August 7, 2009
Menara Runtuh di BESUT...

MAMPAT mendapat maklumat sebuah Menara Hasil projek bekas Menteri Besar Terengganu pula runtuh.... disini MAMPAT cut & pastekan artikel yang diperolehi untuk tatapan semua..... MAMPAT akan cuba mendapatkan cerita yang sebenar.....
Beberapa fakta yang boleh dikongsi bersama mengenai Menara tersebut adalah :
Menara Mobile Mast adalah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.
Banyak pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.
Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).
Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi
Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.
Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.


Posted by MAMPAT at Friday, August 07, 2009 1 comments
Dialog MAMPAT bersama Perniaga-Peniaga Bandar dan Jalan Banggol
Pada pagi Khamis, 6 Ogos 2009, MAMPAT telah dijemput oleh para perniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol untuk menghadiri satu majlis Dialog. Di dalam majlis tersebut, para perniaga memohon MAMPAT mengusahakan beberapa perkara, antaranya ;
1. Minta pembangunan yang dirancang, dibanggunkan secara berperingkat-peringkat. Ini membolehkan mereka mendapatkan tempat dan masa untuk melakukan perpindahan.
2. Memohon masa arahan perpindahan ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga selepas Hari Raya 2009. Mereka telah duduk di situ selama 4 Generasi tetapi diminta pindah dalam tempoh 3 minggu sahaja...
3. Mempertahankan banggunan bersejarah yang berusia lebih 100 tahun dan mempunyai terlalu banyak sejarah tersendiri. Boleh merujuk buku Awang Goneng....
Uncle How, menitiskan air mata semasa diminta menyampaikan sepatah dua kata. Ye le, pepatah orang tua-tua ada menyatakan " Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat membesarkan anak-anak ". Kalau nak tahu cerita sejarah, tanyalah pada Uncle How... daripada banggunan yang dibina daripada campuran pasir dan puteh telor, Kapten Yamada, sejarah Jepun menduduki Terengganu.... semuanya Uncle boleh ceritakan.....
MAMPAT menyeru, kepada Kerajaan Negeri.... "Jiwailah hati Rakyat...". Berikan mereka masa yang cukup....
Posted by MAMPAT at Friday, August 07, 2009 1 comments
Tips Bagaimana Menhadapi H1N1 - Pengalaman mereka yang pernah Terkena...
Bersama ini MAMPAT memperpanjangkan Sebuah Coretan keluarga yang pernah terkena dengan H1N1. Dipaparkan sebagai panduan semua....
Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama.
High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman
Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...
Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.
Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.
Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...
DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them.. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.
Take care You & Your Family
Posted by MAMPAT at Friday, August 07, 2009 0 comments
MAMPAT tangguh Mesyuarat Agung Pertama
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) memohon kemaafan kepada semua ahli Gabungan kerana terpaksa menangguhkan mesyuarat Agung Pertama MAMPAT kerana masalah teknikal.
Tarikh baru MEsyuarat Agung akan dimaklumkan semuala....
Posted by MAMPAT at Friday, August 07, 2009 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
Keganasan Di Balai Polis - Mampat Tuntut Keadilan
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu agak terkejut membaca sebuat artikel di dalam internet dan menyaksikan sendiri KEGANASAN pihak Polis semasa menyoal siasat 'suspek' di Balai Polis. Umum tahu SEPATUTNYA Balai Polis adalah tempat paling selamat melindungi jiwa Rakyat... namun kejadian ini menghilangkan segala kepercayaan rakyat terhadap kreadibiliti Polis. Mungkinkah kejadian kematian 'suspek' di dalam penjara dan Balai Polis sebelum ini adalah hasil perbuatan Polis sendiri.
Mampat menuntut suatu PERUBAHAN DRASTIK untuk memperbetulkan keadaan. MAMPAT khuatir, Balai Polis nanti akan di labelklan sebagai 'Balai Maut'.
Posted by MAMPAT at Wednesday, August 05, 2009 0 comments
Wednesday, July 29, 2009
MAMPAT Memerlukan Sukarelawan Akademik....
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) memerlukan sukarelawan akademik untuk mengajar kelas tuisyen bagi tingkatan 2 dan 4. Kelas dijangka akan dimulakan selepas Hari Raya. Kelas dijangka akan diadakan di sekitar Gong Badak.
Kepada individu2 yang sudi menjadi sukarelawan MAMPAT untuk mengajar anak bangsa, sila emailkan no phone anda kepada kami di alamat mamp4t@gmail.com
Sedikit imbuhan akan diberikan kepada mana-mana sukarelawan yang berkhidmat. Kepada sukarelawan-sukarelawan yang pernah mendaftar dengan MAMPAT... inilah masanya anda bersama kami....
Posted by MAMPAT at Wednesday, July 29, 2009 0 comments
MAMPAT Minta Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat tidak guna Ringkasan MAMPAT
Rujukan kami : MAMPAT/PEMUDAPAKATAN /09-11
Rujukan tuan :
Tarikh : 29 JULAI 2009
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS/AMK dan DAPSY,
Kuala Lumpur.
Tuan
BANTAHAN TERHADAP PENGGUNAAN SINGKATAN MAMPAT BAGI MEWAKILI MAJLIS PERMUAFAKATAN PEMUDA PAKATAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa terpanggil untuk menyatakan bantahan terhadap penggunaan singkatan MAMPAT bagi mewakili Majlis Permuafakatan Pemuda Pakatan.
3. Untuk makluman pihak tuan, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu adalah sebuah NGO yang telah mendaftar secara rasmi dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftaran persatuan kami iaitu 2172-08-TRG. Bersama ini, kami sertakan salinan pendaftaran kami sebagai rujukan.
4. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) dengan ini membantah sebarang cubaan untuk menggunakan nama singkatan kami oleh pihak tuan. Ini adalah kerana sebagai sebuah Gerakan NGO, kami tidak mahu, MAMPAT nanti akan di salah tafsir oleh mana-mana anggota masyarakat terutama parti politik, kerana kami yakin, penggunaan nama MAMPAT oleh pihak tuan akan mencerminkan pendirian politik sedangkan kami adalah sebuah badan bebas (NGO).
5. Untuk itu, MAMPAT menggesa pihak tuan untuk TIDAK lagi menggunakan singkatan MAMPAT kerana kami khuatir, ia akan disalah ertikan. Pihak kami tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan kes ini ke hadapan sekiranya singkatan MAMPAT masih lagi digunakan oleh pihak tuan pada masa akan datang.
Sekian, Terima kasih.
“ KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU “
“BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU RAKYAT TERENGGANU”
Yang menjalankan amanah,
________________________
(MOHAMAD FAUZI BIN HJ ABU SAMAH)
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
s.k - YAM Tengku Sri Paduka Raja (Penaung MAMPAT)
- Hj Hussin Bin Ismail ( Penasihat MAMPAT )
- Fail
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) meminta Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat tidak menggunakan ringkasan MAMPAT kerana ianya adalah ringasan kepada Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu. MAMPAT khuatir penggunaan ringkasan MAMPAT oleh Pemuda Pakatan akan disalahertikan oleh masyarakat terutama Parti Politik. Bersama ini di sertakan Sijil Pendaftaran MAMPAT yang asal bersama surat kepada Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat
Posted by MAMPAT at Wednesday, July 29, 2009 0 comments
Mesyuarat Agong Pertama MAMPAT
Insyaallah, MAMPAT akan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan Pertama selepas secara Rasminya ditubuhkan pada ;
Hari : Jumaat
Tarikh : 7/8/9
Tempat : Dalam pertimbangan...
Dalam Mesyuarat ini akan diadakan pemilihan dan pembentukan jawatankuasa sebenar bagi menerajui MAMPAT bagi sesi 2009-2011.
Maaf .... mseyuarat adalah tertutup dan hanya ahli sahaja yang dijemput......
Posted by MAMPAT at Wednesday, July 29, 2009 0 comments
Wednesday, July 22, 2009
TIA yang diselewengkan ... Royalti KEKAL menjadi milik Kerajaan Persekutuan dan BUKAN milik Kerajaan Terengganu.... Apa dah jadi...
Salam... dukacitanya MAMPAT rasakan apabila PM mengeluarkan statement yang menyatakan TIA kekal menjadi milik Kerajaan Persekutuan dan bukan milik Kerejaan Terengganu.... Dulu Royalti di PELAHAP melalui T-Best, sekarang Royalti di PELAHAP melalui TIA pulak.... Aduhai NASIB RAKYAT TERENGGANU.... Apalah malang nasib kita..... KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU...... Tuanku Tolonglah......
bersama ini MAMPAT Cut & Pastekan kenyataan PM dan boldkan statementnya....
ABU DHABI 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan inisiatif utama oleh kerajaan Abu Dhabi membabitkan pelaburan berjumlah AS$1 bilion (RM3.6 bilion) menerusi dana kekayaan milik negara itu di Malaysia dalam sektor tenaga, hartanah dan hospitaliti.
Najib berkata, cadangan pelaburan itu akan dilaksanakan menerusi usaha sama dengan dana kekayaan milik Malaysia yang baru, 1Malaysia Development Berhad" (1MDB), hasil daripada keputusan kerajaan untuk mengembangkan Terengganu Investment Authority (TIA).
Najib bercakap kepada Bernama pada malam Isnin selepas berbincang dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Putera Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan, pada satu taklimat sempena persinggahannya ke Abu Dhabi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat Mesir dan Arab Saudi.
"Pertemuan saya dengan Putera Mahkota sangat bermakna. Beliau bersetuju supaya Abu Dhabi, menerusi dana kekayaan milik negaranya, menambah pelaburan di Malaysia menerusi pelaburan berjumlah AS$1 bilion," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Sheikh Mohammed ialah Pengerusi Mubadala Development Company, yang sejak penubuhannya pada 2002, merupakan jentera pelaburan utama kerajaan Abu Dhabi dalam menrealisasikan manfaat ekonomi dan sosial mampan untuk emiriah terbabit.
Cadangan pelaburan Abu Dhabi bertepatan dengan pengumuman Najib baru-baru ini dalam meliberalisasikan syarat untuk pelaburan asing serta menarik pelaburan bagi membantu menyegerakan pemulihan ekonomi daripada kelembapan serantau dan global.
Najib berkata: "Kami akan mengenal pasti sektor yang boleh disertai bersama-sama menggunakan dana milik negara itu, terutama dalam bidang tenaga, hartanah dan hospitaliti."
Mengulas lanjut, Najib berkata, 1MDB membabitkan dana yang diwujudkan pada asas mengubah TIA menjadi dana kekayaan milik negara di peringkat pusat dan bukan entiti negeri.
[[[[ APALAH NASIB RAKYAT TERENGGANU, HAK KITA JADI MILIK ORANG.... BUKANKAH DUIT ROYALTI TU MILIK KERAJAAN NEGERI.... KENAPA JADI MILIK KERAJAAN PUSAT ????]]]]]]
"Saya sudah berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan Zainal Abidin). Baginda berkenan supaya TIA distrukturkan semula dan dipusatkan menjadi 1MDB yang akan dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri," kata Najib.
[[[[ ADAKAH BENAR PM DAH BERBINCANG DENGAN DYMM SULTAN MIZAN ???? ]]]]
Perdana Menteri berkata, Kabinet Malaysia juga sudah meluluskan secara prinsip TIA dijadikan entiti pusat.
[[[[ KENAPA KELULUSAN DUIT ROYALTI TIDAK MELALUI SIDANG DUN DI TERENGGANU, HAK SIAPAKAH DUIT ROYALTI TERSEBUT ???? ]]]]
"Kami akan mengumumkan butiran lanjut mengenainya dalam beberapa minggu yang akan datang," kata Najib yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada makan malam dengan Sheikh Mohammed, yang juga Timbalan Komander Agung Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) di hotel Emirates Palace.
Menerusi satu kenyataan yang diperoleh oleh Bernama, Pejabat Perdana Menteri menyebut 1MDB akan memacu pembangunan ekonomi jangka panjang yang mampan untuk Malaysia menerusi jalinan usaha sama strategik global serta mempromosikan pelaburan langsung asing Malaysia dalam usaha meningkatkan lagi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.
Menjawab soalan, Najib berkata, 1MDB kini dalam proses untuk dimuktamadkan dan dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi".
Perdana Menteri sebelum itu berdialog dengan wakil syarikat Malaysia yang beroperasi di UAE, yang turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Yahaya Abdul Jabar dan Konsul Besar di Dubai Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
Najib memberitahu, beliau berbangga dengan pencapaian syarikat-syarikat terbabit setakat ini.
"Dan saya maklumkan kepada Putera Mahkota bahawa syarikat Malaysia rasa selesa di sini.
"Yang mereka mahukan ialah peluang untuk terlibat sama dalam pembidaan pada asas yang sama, dan mereka juga mengenal pasti peluang-peluang baharu di Abu Dhabi," katanya.
Najib berkata, Sheikh Mohammed turut menyebut prestasi baik syarikat-syarikat Malaysia di Abu Dhabi, terutama firma Malaysia yang terlibat dalam pelaksanaan litar Formula One di Abu Dhabi — WCT Engineering.
"Saya yakin mereka akan terus berjaya di negara ini," kata Najib.
Perdana Menteri dan delegasinya kemudian berlepas ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. - Bernama
Posted by MAMPAT at Wednesday, July 22, 2009 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
Seminar SMIDEC berjalan selepas ditangguhkan
Alhamdulillah, dengan izinNYA juga Seminar SMIDEC selamat dan sedang berlangsung sekarang di Bilik Latihan Gemilang (BiLanG), Pusu 3, Gong Badak, Kuala Terengganu. MAMPAT mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Pengarah SMIDEC kerana sudi hadir untuk menyampaikan sendiri taklimat dan penerangan mengenai 11 Geran yang ditawarkan oleh SMIDEC. MAMPAT juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Tahfiz Gemilang kerana telah 'sponser' bilik seminar kepada MAMPAT dan peserta Seminar. Seramai 19 orang mengikuti Seminar ini. Gambar-gambar akan di uploadkan dari semasa ke semasa.
Semoga semua peserta akan mendapat manfaat yang sebaik mungkin....
Posted by MAMPAT at Tuesday, July 21, 2009 0 comments
Thursday, July 9, 2009
Pembatalan PPSMI - Tahniah Pejuang Bahasa dan Tahniah Rakyat...
Mampat ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kepada ALLAH di atas pemansuhan PPSMI. Tahniah tidak terhingga kepada semua pejuang Bahasa terutama Rakyat Malaysia yang menentang PPSMI. Tahniah...tahniah dan tahniah......
Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'
Abdul Rahim Sabri
Jul 8, 09
4:45pm
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.
"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.
GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.
anti ppsmi rally 070209 tear-gasMelalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.
Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.
Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.
"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.
Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.
Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.
Daulat bahasa Melayu
Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:
"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.
anti ppsmi rally 070209 rally 02"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.
"Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.
'Hanya sebahagian selesai'
Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.
Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.
"Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai.
"Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.
"Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat.
"Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu.
"Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar.
Gapena akan bantu
Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia.
"Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia," kata dalam sidang media yang sama.
"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu.
"Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan," katanya.
Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan "mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak".
"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.
Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.
Daulat bahasa Melayu
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.
"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.
NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.
Posted by MAMPAT at Thursday, July 09, 2009 0 comments
Sunday, July 5, 2009
E-Book Dah Mula Disalah Guna... Satu Lagi Projek Menbazir dan Mencipta Masaalah...
Masalah Mula Timbul, Lima Pelajar Salah Guna E-Book Muat Turun Lagu Michael Jackson PDF Print E-mail
Written by SM Noor
Sunday, 05 July 2009 02:33
KUALA TERENGGANU – Kementerian Pelajaran tidak akan melaksanakan program e-book dan berpendapat adalah lebih baik perbelanjaan membekalkan komputer e-buku (e-book) digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur diluar Bandar.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata walaupun ia adalah inisiatif yang baik, namun kementerian tidak bercadang untuk melaksanakannnya diperingkat kebangsaan.
"Saya sedar banyak sekolah dinegara maju menggunakan kaedah tersebut untuk mendedahkan pelajarnya kepada teknologi maklumat, namun ia menghadapi masalah untuk dipantau,” katanya.
Pendapat beliau disokong oleh Kesatuan Guru-guru Kebangsaan yang berkata ia akan menimbulkan kesukaran kepada guru-guru bagi memastikan apakah perisian yang akan dimuat turun oleh pelajar yang memilikinya (e-book).
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, wang tersebut lebih baik digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan sekolah-sekolah diluar bandar.
"Mereka akan mendapat kelebihan dari program (e-book) tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah apa-apa jua mungkin (akan dimuat turun) kerana semuanya boleh diakses dengan mudah di ruang maya.”katanya.
Kebimbangan yang sama pernah dikemukakan oleh ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri April lalu.
”Saya hendak bertanya apakah telah dibuat kajian, dengan memasukkan buku teks ke dalam e-buku ini akan meninggikan prestasi para pelajar, hanya kerana masukkan buku teks kedalam e-book dan bawa ke sekolah,
”atau laptop ini boleh diguankan untuk perkara-perkara lain, apakah e-book ini tidak disalahgunakan oleh keluarga pelajar itu,” tanya Dato’ Tengku Hassan. (Klik Untutk Dengar Ucapan Dato' Tengku Hassan di Buletin Online Radio)
Beliau juga meminta penjelasan dari Exco Pendidikan Ahmaf Razif Abdul Rahman kerana beliau yakin sekiranya hanya dengan memasukkan buku teks kedalam e-book, ia tidak akan berjaya meningkatkan prestasi seorang pelajar.
Tambahnya, apa yang membincangkan adalah, e-book mungkin terdapat penyelewengan dalam penggunaan e-book tersebut.
Razif dalam jawapannya dalam Sidang DUN tersebut, memberi jaminan perkara-perkara negatif dalam penggunaan e-book tidak akan berlaku kerana telah dibuat pemantauan dan sebagainya.
Namun tidak sampai tiga bulan jaminan tersebut dan ketika pembahagian e-book sedang rancak kepada para pelajar diseluruh Terengganu, Razif telah memberi amaran akan menarik balik pemberian e-book sekiranya ada pelajar yang menyalahgunakannya.
Amaran keras itu dikeluarkan ekoran laporan yang mendapati lima pelajar telah menggunakan e-book untuk memuat turun lagu-lagu ‘Micahel Jackson’ dan beberapa kegiatan yang tidak sepatutnya.
Lima pelajar tersebut telah menyimpan lagu Man In The Mirror, Beat It and Billie Jean dalam e-book mereka apabila diperiksa oleh guru mereka.
Dua daripada pelajar tersebut juga memuat turun klip video Raja Pop tersebut.
Walaupun begitu, Razif masih berkata ianya dalam kawalan dan pihaknya pasti dapat menylesaikan masalah tersebut.
Sehingga kini sebanyak 12,000 e-book berharga RM 999 setiap satu telah diagih-agihkan.
Selain membelanjakan berjuta ringgit untuk program tersebut, kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan kewangan melantik 500 orang pegawai bagi memantau program tersebut
Posted by MAMPAT at Sunday, July 05, 2009 1 comments
Friday, July 3, 2009
Bina Gerai RM 1.5 juta Untuk Dirobohkan - Apa cerita MBKT ???
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa terpanggil untuk berbicara mengenai "Kewujudan" Gerai-gerai baru tetapi menunggu 'maut' di Pekan Batu 6, Kuala Nerus. Kehadiran gerai-gerai tersebut amatlah ganjil dan pelek kerana seperti mana semua sedia maklum, bahawa Pekan Batu 6 telah diwartakan terlibat dengan Draf Pembangunan Kawasan Batu 6-Tepoh dalam RKK.
Semua sedia maklum bahawa semua gerai-gerai yang sedia ada akan dirobohkan kerana akan didirikan dengan banggunan rumah kedai yang tersusun. Jadi pelbagai persoalan telah timbul antaranya;
1. Berapa lamakah usia gerai-gerai ini mengikut RPK Pekan Batu 6-Tepoh
2. Kenapakah ianya tetap didirikan sedangkan ianya pasti akan dirobohkan ?
3. Kenapa MBKT boleh membenarkan ianya didirikan ?
4. Berbaloikah projek berjumlah RM 1.5 juta dibina hanya untuk dirobohkan ?
5. Terlalu banyakkah duit Kerajaan Negeri untuk membazirkan duit dengan membina Gerai-gerai yang PASTI akan dirobohkan ?
6. Sudah habiskah rakyat miskin di negeri Terengganu yang boleh dibantu dengan RM 1.5 juta...
MAMPAT juga difahamkan bahawa budget RM 1.5 juta yang diluluskan di dalam Dewan Undangan adalah meliputi 10 blok gerai. Namun kerana kesempitan dan ketiadaan ruang, hanya 6 blok sahaja yang berjaya dibina.
Lokasi betul2 di tepi jalan utama. Sekiranya pelebaran jalan Batu 6 dilakukan... Gerai tersebut pasti akan dirobohkan....
Deretan Gerai yang sedang dalam Pembinaan... tapi Bakal diruntuhkan apabila RPK Batu 6-Tepoh dilaksanakan.... Berbaloi ke ? Bukankah jalan Batu 6 ni akan dibesarkan ? Ini sahkan dengan kehadiran pembahagi jalan yang berada di tengah-tengah jalan.
Sign Board Projek yang bernilai RM 1.52 Juta. Logik ke macam ni ??? Apa kualiti kontraktor yang menjalankan projek RM 1.5 juta dengan sign board "secanggih ini"
Posted by MAMPAT at Friday, July 03, 2009 1 comments
Thursday, June 25, 2009
Assalamualaikum....
MAMPAT merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat bersama semua pengunjung blog beragama Islam.... Berhati-hatilah dan hayatilah dan laksanakan dalam kehidupan...
Kesimpulannya.... Banyak lagi ilmu yang kita tak tahu, oleh itu Belajarlah kamu hingga selama-lamanya....
Posted by MAMPAT at Thursday, June 25, 2009 1 comments
Monday, June 22, 2009
PRESS RELEASE STADIUM RUNTUH - MAMPAT MINTA TUBUH BADAN BEBAS UNTUK SIASAT

MAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU (MAMPAT)
KENYATAAN MEDIA
22 JUN 2009 / ISNIN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) terpanggil untuk mengadakan sidang akhbar pada hari ini kerana merasakan perlu dibuat suatu gesaan berkenaan isu bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh secara tiba-tiba pada 2 Jun 2009 lalu.
Pertamanya, MAMPAT menyatakan sokongan penuh terhadap YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkenaan penubuhan suatu badan bebas bagi menyiasat punca sebenar terjadinya runtuhan bumbung stadium berkenaan. Ini mengambil kira JKR adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR.
MAMPAT ragu sekiranya siasatan tersebut dijalankan oleh JKR sendiri, kerana merasakan siasatan tersebut tiada ketelusan dan akan dipertikaikan banyak pihak.
PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN
Apa yang menarik untuk MAMPAT dedahkan pada hari ini adalah bagaimana sebuah projek yang bernilai ratusan juta ringgit ini sepatutnya dipantau dan diawasi oleh JKR. Sejauh manakah penglibatan oleh pihak-pihak Perunding yang dilantik di dalam proses Pengawasan Harian sepenuh masa bagi memastikan kerja-kerja dijalankan dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang diluluskan dan mengikut terma-termanya. Yang dimaksudkan adalah samada dari skop strukturnya atau dari skop Arkiteknya. Memandangkan banggunan Stadium tersebut adalah sebuah banggunan yang bercirikan “Kehebatan dan Kecanggihan” bidang pembinaan, adalah suatu kewajipan sepatutnya keterlibatan sekumpulan Penyeliaan dan Pembuatan yang sangat pakar dan berpengalaman diperlukan. Namun ianya tidak terjadi. Dari segi Pengawasan, apa yang sepatutnya berlaku adalah ;
Pengawasan projek stadium tersebut adalah di bawah Pengarah JKR Negeri. Kebiasaannya JKR akan melantik Suppritenden Officer (SO). Dalam kes ini Pengarah JKR sendiri adalah SO. Selain SO,biasanya dilantik pula wakil SO. Bagaimanapun, dalam kes ini tiada wakil SO yang dilantik. Terdapat ketidakcekapan dari segi struktur pengurusan.
Untuk Itu, MAMPAT ;
Memohon pihak JKR untuk menyerahkan Carta Organisasi Pengawasan dan Pengurusan yang lengkap. Senarai tersebut juga haruslah lengkap dengan bidang kuasa-bidang kuasa yang telah dibenarkan.
PEMILIHAN KONTRAKTOR PAKAR
Dalam konteks Pemilihan Kontraktor Pakar, MAMPAT berasa amat dukacita kerana JKR sekali lagi dilihat tidak teliti dan professional. Selain JKR dilihat gagal menjalankan kerja-kerja pemantauan dan pengawasan, MAMPAT juga hairan bagaimana JKR telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung kepada “Kontraktor Utama” sedangkan kontraktor terbabit tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
Bagi kerja-kerja pemasangan bumbung, peruntukan yang digunakan adalah daripada “ Wang Peruntukan Sementara “. Pada kebiasaannya, kerja-kerja ini sepatutnya melibatkan tenaga pakar dan akan dibuat secara ‘open tender’ yang berasingan. Namun, pihak JKR didapati telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung tersebut kepada kontraktor Utama secara terus sedangkan Kontraktor Utama tidak mempunyai kepakaran untuk melakukannya apatah lagi dengan konsep “bumbung Canggih”. MAMPAT juga mendapati bahawa, semua kerja-kerja seperti Mekanikal, Elektrikel dan C&S yang diberi secara “open tender” tidak menghadapi sebarang masalah.
Untuk Itu MAMPAT ;
Menggesa pihak JKR untuk menjelaskan kenapakah kerja-kerja pembinaan dan pemasangan bumbung canggih ini di beri secara terus kepada kontraktor utama ?
SIKAP JKR DALAM MENANGANI PERMASALAHAN
MAMPAT juga melahirkan rasa dukacita terhadap JKR bilamana pelbagai teguran, pandangan yang diberikan pelbagai pihak terhadap permasalahan pada bumbung stadium tersebut, namun pihak JKR tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. MAMPAT difahamkan bahawa teguran untuk membaiki bumbung juga pernah disuarakan oleh Dato’ MB sendiri, namun tiada tindakan yang diambil. MAMPAT berasa sangat kesal dan kecewa kerana JKR yang selama ini yang terkenal dengan slogan ‘Jasa Kepada Rakyat’ telah mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya dan lebih malang lagi apabila mendedahkan nyawa rakyat kepada bahaya.
MOHON SIASATAN BEBAS
MAMPAT sekali lagi menyeru supaya diwujudkan “Satu Badan Bebas” bagi menjalankan siasatan ini bagi memastikan ketelusan, seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jentera kerajaan.
Atas semangat 1Malaysia juga, MAMPAT meminta badan-badan berkaitan seperti SPRM turut telus dan menjalankan siasatan sewajarnya bagi memastikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
“Dari Rakyat Kepada Rakyat “
Wallahua’lam.
MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
PENGERUSI
MAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU
(MAMPAT)
Posted by MAMPAT at Monday, June 22, 2009 0 comments
Wednesday, June 17, 2009
2 Kampung Melayu Bakal Lenyap dari Bumi Kuala Terengganu...
LPT fasa 2 siap lewat setahun dari jangkaan awal
17/06/2009 6:01pm
KUALA TERENGGANU 17 Jun — Fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang sebelum ini dijadualkan siap pertengahan 2011, dijangka mengalami kelewatan setahun lagi kerana dua kontraktor yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu menarik diri.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata kontraktor itu menarik diri berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi.
Beliau berkata setakat ini seorang kontraktor sudah menghantar surat menarik diri, manakala seorang lagi dalam proses untuk berbuat demikian.
“Harga bitumen yang tinggi menyebabkan kontraktor itu menarik diri kerana tidak mampu. Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan mengalami kerugian yang besar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.
Fasa Dua LPT yang melibatkan 11 pakej pembinaan bermula dari laluan Jabor sehingga ke Kampung Gemuroh, membabitkan kos keseluruhan RM3.7 bilion.
Ahmad berkata berikutan penarikan diri dua kontraktor itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuka tender bagi mendapatkan kontraktor baru.
Sebelum ini pembinaan lebuh raya itu sudah beberapa kali terganggu antara tiga dan empat bulan disebabkan bahan binaan yang tinggi, namun projek itu diteruskan semula setelah harga bahan itu kembali stabil.
Sementara itu Ahmad berkata kerajaan merancang untuk menyusun semula bandar raya Kuala Terengganu, dengan mengambil alih tanah di Kampung Ladang hingga Kampung Tanjung di sini.
Beliau berkata bagi peringkat pertama, kerajaan negeri meluluskan untuk mengambil kembali tanah seluas kira-kira empat hektar, di sekitar Kamung Ladang Tok Pelam, manakala peringkat kedua membabitkan kira-kira empat hektar lagi dari Kampung Tanjung hingga ke pusat beli belah Astaka.
“Saya sudah arahkan Pejabat Tanah dan Galian menyelesaikan pengambilalihan tanah bagi peringkat kedua itu dalam tempoh dua bulan dari sekarang,” katanya.
— BERNAMA
Posted by MAMPAT at Wednesday, June 17, 2009 2 comments
Sunday, June 14, 2009
BerZikir Mempertingkatkan Potensi Otak ...
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Posted by MAMPAT at Sunday, June 14, 2009 0 comments
Saturday, June 13, 2009
Stadium Runtuh - 3 Bekas Exco Dipanggil SPRM, Idris bila lagi ???
KUALA TERENGGANU – Sekurang-kurang tiga orang bekas Exco kerajaan negeri dan beberapa pegawai senior dari Jabatan Kerja Raya negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal.
Satu sumber menyatakan bekas Exco kerajaan negeri mempunyai maklumat penting dalam membantu merungkai kejadian yang memalukan 2 Jun lalu.
Sumber tersebut turut menyebut dokumen melibatkan pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan atap Stadium bernilai RM300 juta itu akan diperolehi dari pihak berkenaan.
“Kami telah mengenalpasti nama beberapa individu penting bagi membantu penyiasatan,”kata sumber tersebut yang tidak mahu menyebut nama bekas Exco terbabit dan individu yang akan dipanggil.
Tiga orang yang bertanggungjawab memastikan Stadium tersebut siap menjelang SUKMA 2008 adalah Dato’ Wan Hisham Wan Salleh (Kemudahana Awam dan Infrastruktur), Dato’ Din Adam (Belia dan Sukan) dan Dato’ Rosol Wahid (Islam Hadhari dan Kebajikan)
Din dan Rosol masih berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelumnya menjadi Exco kerajaan dibawah bekas Meneteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.
Posted by MAMPAT at Saturday, June 13, 2009 0 comments
Friday, June 12, 2009
SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?
Kemaskini - Siasatan kes rasuah dua Datuk diserah kepada pendakwaan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu
Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.
"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.
Turut difahamkan, siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut telah dijalankan selepas media pada Ogos 2004 membuat pendedahan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.
Sementara itu, Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang meneliti kertas siasatan terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.
Dalam pada itu, salah seorang daripada Datuk yang dikaitkan dengan kes tersebut, enggan mengulas ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
BPR buka semula fail MRR2 - Selamatkan Pak Rosli, bagaimana Roslan?
KUALA TERENGGANU - Dua ahli politik dikalangan pemimpin UMNO dilaporkan berasal dari Pantai Timur ditahan SPRM Selangor dipercayai kerana meminta wang suapan sebanyak RM3 juta.
Adalah dipercayai ia berkait rapat dengan kes yang pernah dipaparkan oleh Buletin Online, 7 Ogos tahun lalu.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuka semula siasatan berhubung rasuah dan penyelewengan dalam projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dimulakan pada 2004.
BPR akan melihat semula kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini dan akan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian keretakan terbaru pada tiang jejambat MRR2.
Antara tindakan yang akan diambil BPR adalah memanggil kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Pakej II MRR2 berharga RM238 juta itu. Jejambat enam lorong berhampiran Stesen Komuter Kepong sejauh 1.7 kilometer yang mula dibuka pada 1999.
Ahad lalu (3 Ogos) MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.
Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta.
Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.
Manakala siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), yang dilantik kerajaan bagi mengkaji punca kerosakan tiang tersebut mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.
Sehubungan dengan itu Buletin Online telah menerima satu salinan surat seorang individu yang bernama Kamaruzzaman Ishak, bertarikh 15 Jun lalu yang ditujukan kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Dalam surat tersebut Kamaruzzaman yang beralamat di Sura Gate, Dungun, telah membuat permohonan kepada Ahmad Said Hamdan supaya membuat pendedahan umum, status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Dato’ Rosli Mat Hassan (Pak Rosli).
Pak Rosli adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun dan kini baru dilantik oleh Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Mad Said) sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.
Surat tersebut juga menyenaraikan beberapa kes dimana Pak Rosli dikatakan telah disiasat oleh pihak BPR.
Kes-kes tersebut sebagaimana dalam surat itu adalah Projek Pembinaan Lebuhraya MRR 2 di Kuala Lumpur, Projek Pembinaan Sekolah Menengah Serating di Marang (RM 15 juta) (yang terbengkalai) dan Projek Tangki Air Simpanan (Terbengkalai) di Cherul, Kemaman (RM 10 juta).
Sebelum ini, pada 22 November 2007, Pengarah BPR negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.
Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.
Tidak berapa lama kemudian kedengaran khabar angin yang tersebar mengatakan Pak Rosli telah disiasat BPR berhubung dengan penyelewengan dalam projek MRR2.
Berita tersebut tidak diambil peduli dan berlalu begitu sahaja kerana tidak ada siapa yang menduga Pak Rosli terlibat dengan pembinaan MRR2.
Malah ada yang terkejut apabila ditanya berkenaan Pak Rosli disiasat BPR kerana Pak Rosli tidak dikenali sebagai seorang kontraktor.
Sekiranya dikaitkan perkara tersebut dengan Bendahari UMNO yang baru, Dato’ Roslan Awang Chik, barulah munasabah, kerana beliau ada cukup dikenali sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).
Sebelum ini Pak Rosli hanya terkenal sebagai jaguh dangdut kerana isu berkaitan beliau suka berdangdut pernah menjadi popular suatu masa dulu.
Apabila isu MRR2 kembali ‘menggegar’ awal minggu ini, ingatan kepada dakwaan Pak Rosli disiasat BPR tersebut kembali semula.
Setelah Buletin Online mendapat salinan surat Kamaruzzaman, carian dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sebuah keratan akhbar tahun 2000 dari rekod JKR dan Berita Harian 26 Oktober 1998 yang telah merakamkan beberapa kenyataan Pak Rosli, menjadi kunci yang mengaitkan Pak Rosli dengan siasatan BPR.
Pak Rosli ketika itu adalah Setiausaha Agung PKMM.
Jadi apa kaitannya ?
Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd dan SUKMIM adalah dua daripada tiga kontraktor yang dilantik kerajaan bagi melaksanakan Pakej II MRR2.
Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd (KKM) adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah PKMM, manakala SUKMIM Sdn Bhd (SUKMIM) pula sebuah syarikat gabungan diantara PKMM dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM).
Maknanya sewaktu pembinaan Pakej II MRR2 sedang dilaksanakan oleh kedua-dua KKM dan SUKMIM, Pak Rosli adalah Setiausaha Agung PKMM yang berkuasa keatas kedua-dua syarikat tersebut.
Bukan sedikit dakwaan penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh Pak Rosli, nilainya sebanyak RM 500,000.
Sebagaimana hasil siasatan unit kejuruteraan BPR pada tahun 2004 yang tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan, khususnya menyebabkan keretakan pada tiang MRR2.
Begitu juga hasil siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.
Bolehkah Pak Rosli terlepas dari pendakwaan?
Bagaimana pula kedudukan Bendahari UMNO Terengganu, Dato’ Roslan Awang Chik, yang baru dilantik oleh Mad Said?
Roslan adalah Pengerusi PKMM pada waktu pembinaan Pakej II MRR2 dulu, dan masih menjadi Pengerusi PKMM sehingga hari ini !
Posted by MAMPAT at Friday, June 12, 2009 2 comments
Friday, June 5, 2009
Stadium Runtuh - Dimanakah mereka Edisi 2
Runtuhan Stadium : Siasat cara pemberian projek
Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat apakah pemberian projek Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dibuat dengan telus dan tidak berlaku sebarang penyelewengan?
Siasatan perlu dijalankan, ekoran ada kelibat tiga pegawai SPRM dilihat mengambil gambar serta mengumpul butiran kejadian itu untuk tindakan selanjutnya kerana beberapa pihak mempertikaikan mengapa begitu tinggi harga stadium ini dan apakah ia menepati prosedur kelulusan satu-satu projek kerajaan.
Jesteru, banyak pihak mengharapkan jangan ada yang menjadi ‘kambing hitam’ dalam isu ini kerana banyak lagi projek ‘kilat’ di Terengganu yang dibangunkan sepanjang 2004-2008, dikatakan atas ‘kuasa’ seorang dua orang besar di Terengganu.
Ketika ada yang mencadangkan supaya kontraktor yang terlibat disenarai hitamkan, tetapi ada juga dakwaan dibuat kononnya cara pemberian projek ini betul-betul dibuat atas dasar kroni dan harga projek sudah ‘ditokok tambah’.
Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Sabri Hussin turut berada di kawasan runtuhan dan kemungkinan sudah dapat menghidu sesuatu ketidak telusan telah berlaku dalam pemberian projek ini. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said diminta memberikan kerjasama sebaik mungkin dengan mana-mana pihak yang mahu menyiasat isu ini walaupun perlantikan jururunding bebas turut dilantik untuk mengetahui nilai dan punca bumbung stadium ini boleh runtuh.
Dalam masa yang sama, beberapa blog yang banyak menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar sebelum ini tidak mengulas langsung kejadian ini kerana masing-masing mungkin sedang sibuk menyusun alasan bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain dan mahu mereka melupakan isu bumbung stadium runtuh.
Jesteru ada pihak mencadangkan supaya SPRM Terengganu turut menjalankan siasatan terhadap projek-projek lain walaupun tiada runtuhan berlaku kerana kebanyakkan projek pembangunan di Terengganu sering menjadi ‘pertikaian’ sejak sekian lama.
Khabarnya, tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang memboikot persidangan DUN April lalu, juga ada kaitan dengan isu projek dan pembangunan Terengganu yang dikatakan tidak begitu rancak dalam era kepimpinan Datuk Ahmad jika dibandingkan dengan pembangunan dalam era kepimpinan Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh (DSIJ).
Seorang peniaga di Marang, Azman Anuar yang ditemui berkata, adalah lebih baik projek pembangunan tidak rancak tetapi sesuatu projek itu dibangunkan dengan penuh jaminan keselamatannya daripada projek tumbuh macam cendawan selepas hujan.
Kata Azman, mereka yang menyarang Datuk Ahmad Said sepatutnya malu kerana apa yang nyata sekarang, yang lemah dan perlu dipertikaikan kepimpinannya bukan era sekarang tetapi era sebelum ini yang digembar-gemburkan sebagai kepimpinan bertaraf dunia.
Sementara itu, seorang bekas ketua Umno bahagian yang enggan namanya disebut memberitahu, kepincangan pentadbiran era terdahulu perlu disiasat tetapi siasatan mestilah dibuat secara lebih telus kerana khuatir ianya akan menyembunyikan beberapa fakta yang berkaitan.
“Saya sedang menunggu siasatan dan pendakwaan SMS bernada ugutan dahulu yang agak lama dan kini timbul pula cerita bumbung stadium runtuh. Saya bimbang, orang ramai akan melupakan cerita SMS bernada ugutan dan sibuk bercakap pasal bumbung stadium yang runtuh pula.
“Ketika isu bumbung stadium sedang hangat, jangan pula isu SMS bernada ugutan hingga 10 ADUN memboikot sidang DUN terlepas pandang pula,” ujarnya yang mengharapkan pihak yang bersalah didakwa dan jika terbukti, dihukum dengan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
Separuh dari bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan kos RM292 juta sebagai tempat utama temasya Sukan Malaysia (Sukma 2008) runtuh, kira-kira pukul 9.30 pagi, 2 Jun lalu, kira-kira setahun ia siap dibina dan dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Runtuhan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.
Setakat ini SPRM belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai runtuhan bumbung stadium ini tetapi dengan lawatan mengejut Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, beberapa pihak yakin SPRM akan turut menyiasat secara terperinci kes ini. – Dipetik dari http://lesungbatu.webs.com
Posted by MAMPAT at Friday, June 05, 2009 2 comments
Stadium Runtu - Di Manakah Mereka Edisi 1
Mana Mubin, mana Rosol dan di mana DSIJ apabila bumbung stadium runtuh?
TERTUNGGU-TUNGGU juga ramai pengikut perkembangan politik Terengganu, apa komen blogger Abdul Mubin Ismail, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (DSIJ) apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri, tiba-tiba runtuh.
Walaupun tiada suara yang menjerit, tiada surat yang dihantar meminta kenyataan dari tiga individu hebat dalam krisis politik Terengganu ini, tetapi kemunculan mereka, ketika semua orang terkejut, kecuali mereka, apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh, sepatutnya boleh tampil dengan ‘keberanian’.
Kenapa mereka perlu tampil dengan keberanian? Kerana selama ini, mereka dilihat cukup berani mahu ‘meruntuhkan’ sesuatu di Terengganu, tetapi apa yang terjadi, bumbung stadium yang mereka tahu, dibina ketika mereka bertiga duduk di Wisma Darul Iman, tiba-tiba runtuh tepat jam 9.30 pagi, 2 Jun 2009 yang lalu, setahun setelah ia dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dalam satu kenyataannya berkata; “satu siasatan perlu dijalankan untuk kita menentukan apakah puncanya. Adakah ini berpunca kerja-kerja kontraktor ataupun konsultan. Mungkin juga ia berpunca oleh sebab lain.
Walaupun Muhyiddin tidak mencari di mana bekas Menteri Besar Terengganu, DSIJ berada ketika runtuhan ini berlaku, tetapi alangkah baiknya jika DSIJ yang sering terkehdapan dalam isu kemelut politik Terengganu, tampil dengan cerita bagaimana projek ini diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat?
Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor pula berkata; “stadium ini baru dibina setahun lalu. Kejadian ini memalukan negara. Nanti orang kata, bangunan sedang dibina pun ada benda jatuh, bangunan sudah siap pun boleh jatuh bubungnya, bangunan yang nak diruntuhkan pun runtuh juga.”
Shahziman yang juga Ahli MT Umno tidak perlu memanggil Rosol untuk memberi apa-apa penjelasan terhadap isu keruntuhan bumbung stadium ini, tetapi sebagai orang kuat di kalangan Geng 10 yang mahu melihat Menteri Besar Terengganu ditukarkan, bukankah baik jika Rosol memainkan peranan proaktif menerangkan apa yang dia tahu mengenai projek bernilai RM292 juta ini, dibina ketika dia adalah salah seorang Exco kanan dalam kerajaan pimpinan DSIJ.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pula berkata; “saya berasa dukacita dengan kejadian ini, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.”
Bukankah baik jika Abdul Mubin Ismail yang merupakan bekas PA kepada Datuk Din Adam yang merupakan Exco yang bertanggungjawab terhadap sukan negeri, tampil melalui blognya yang digunakan untuk menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said, menceritakan bagaimana bumbung stadium yang dibuat oleh kontraktor Korea ini boleh runtuh, padahal usianya baru setahun.
Kalaulah DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin boleh tampil, menceritakan sejarah pemberian projek ini dan perlantikan kontraktor, selain dari cerita beberapa projek lain dan perlantikan kontraktor lain, yang pastinya mereka kenal pengarah-pengarah syarikat berkenaan, alangkah baiknya?
Ramai yang hairan, ketika Geng 10, yang mendapat sokongan dari DSIJ dan Abdul Mubin kelihatan begitu berani menyiapkan beberapa laporan bertujuan memalukan kepimpinan Datuk Ahmad Said, tiba-tiba ‘menjadi penyu bertelor’ dengan linangan air mata, kerana takut isu runtuhan ini memakan mereka pula.
Datuk Ahmad tentunya tahu serba sedikit mengenai pembangunan dan pembinaan stadium ini kerana beliau juga merupakan salah seorang Exco dalam era kepimpinan DSIJ. Tetapi tidak eloklah kalau yang bercakap mengenai isu runtuhan ini ialah beliau sendiri kerana dikhuatiri orang ramai beranggapan Datuk Ahmad cuba menyalahkan kepimpinan terdahulu.
Waran tangkapan tidak perlu dikeluarkan untuk mencari DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin sepert mana yang berlaku ketika polis mencari Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zubir tempohari tetapi walaupun tanpa waran tangkapan, alangkah baiknya jika ketiga-tiga individu ini (mereka bukan Tiga Abdul), tampil membantu pihak-pihak yang dilantik untuk menjalankan siasatan.
Siasat betul-betul. Jangan siasat ala kadar sahaja. Siasat dari mula. Dari perlantikan kontraktor hinggalah kepada siapakah yang mempunyai kuasa membuat keputusan memilih kontraktor yang dikatakan kurang pengalaman dan kurang kebolehan.
Ketika kontraktor menunggu masa hukuman dijatuhkan, orang yang menyebabkan kontraktor ini dilantik juga jangan sesekali dilepaskan begitu sahaja. Jika pemilihan dibuat hanya kerana kroni, nepotime atau korupsi, tidak mustahil perkara-perkara seperti akan berlaku.
Mudah-mudahan DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin akan lebih terkenal selepas ini, untuk mendedahkan kepada umum siapa mereka ini? (Oleh WYHWN)
Posted by MAMPAT at Friday, June 05, 2009 2 comments
Adakah Kolam Renang Pula Bakal Runtuh ???

Apa nak jadi... Inilah hasilnya sekiranya sebarang pembangunan dibuat secara " Mee Segera" tanpa pemantauan yang tinggi.
Mampat melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat bagi pihak Rakyat Terengganu di atas apa yang berlaku...
Stadium di Gong Badak baru je runtuh pada 3 Jun 2009. Stadium yang menelan belanja Lebih dari RM 270 Juta runtuh hanya selepas setahun sebulan ianya dirasmikan. Kini Kolam renang pulak.... Apakah ini pembangunan hasil daripada Duit Royalti, yang merupakan sumber negeri, dibazirkan tanpa perancangan dan penelitian.
Katalah rakyat miskin tegar di Terengganu adalah 80 000 orang. Dengan nilaian RM 270 juta, berapa Ringgit Malaysia yang boleh diperuntukkan kepada mereka yang miskin tadi...???
Rakyat bukannya menolak pembangunan...tetapi biarlah pembangunan yang terancang, mampan dan efektif....
Berapa banyak pula wang akan dikeluarkan untuk memperbaiki semula segala kerosakan yang telah berlaku ??? Duit mana tu???. Ahhirnya ... rakyat juga yang terpaksa berkorban dan yang kaya adalah kontraktor kroni jua.....
MAMPAT menuntut SPRM untuk segera siasat dan memberikan penjelasan secepat mungkin....
Posted by MAMPAT at Friday, June 05, 2009 2 comments



